Pengasas Bersama Rockstar Games dan penulis Grand Theft Auto dikatakan membuka studio syarikat permainan video yang baru. "> Pengasas Bersama Rockstar Games dan penulis Grand Theft Auto dikatakan membuka studio syarikat permainan video yang baru. " /> Pengasas Bersama Rockstar Games dan penulis Grand Theft Auto dikatakan membuka studio syarikat permainan video yang baru. " />

Pengasas Bersama Rockstar, Dan Houser dikatakan membuka studio baru

Pengasas Bersama Rockstar Games dan penulis Grand Theft Auto dikatakan membuka studio syarikat permainan video yang baru. 

Dalam temubual oleh Rockstar Mag, sebuah syarikat baru di United Kingdom baru sahaja didaftarkan dengan nama Absurd Ventures In Games. Menurut satu senarai bisnes, nama Dan Houser dikatakan terbabit bersama Absurd Ventures in Games sebagai Pengarah.

Maklumat mengenai syarikat baru itu agak tidak lengkap. Absurd Ventures in Games telah didaftarkan di United Kingdom pada 23 Jun lepas, sebagai syarikat ‘pembangunan perisian hiburan dan santai interaktif ready-made’.

Walaubagaimanapun, dengan maklumat yang agak sedikit tidak bermakna Absurd Ventures in Games sebuah syarikat baru atau syarikat berbeza yang dalam industri permainan video.

Pada 2020 Dan Houser meninggalkan Rockstar Games, syarikat di mana beliau sebagai pengasas bersama abangnya, Sam Houser. Syarikat induk Rockstar, Take-Two Interactive mengesahkan Dan Houser meninggalkan Rockstar pada 2020 dan telah mengeluarkan kenyataan terima kasih atas khidmat beliau. Sam Houser masih kekal sebagai presiden syarikat tersebut. 

Houser cukup dikenali dengan hasil kerjanya di Rockstar dengan permainan yang cukup terkenal dan telah berbakti sebagai penulis untuk hampir semua siri Grand Theft Auto dan Red Dead Redemption. Permainan terakhir buat masa ini yang dihasilkan Rockstar Games ialah Red Dead Redemption 2, yang merupakan salah satu permainan video terbaik 2018.

Sementara itu, netizen terus obses dengan tarikh Grand Theft Auto 6 bakal dilancarkan. 

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.

RELATED NEWS

+