Grand Theft Auto (GTA) 6 sudah lama menjadi tumpuan dan sangat ditunggu-tunggu oleh ramai peminat GTA.
Menurut laporan tahunan Take-Two, beberapa komen mengatakan GTA 6 bakal hadir seawal tahun depan.
“Melihat kembali, fiskal 2025 adalah tahun yang dinanti-nantikan syarikat kami. Untuk beberapa tahun lepas, kami menyediakan perniagaan kami untuk mengeluarkan beberapa projek kukuh yang kami percaya akan membawa syarikat kami ke arah kejayaan.
“Pada tahun fiskal 2025, kami menjangkakan penghasilan beberapa tajuk permainan video yang besar akan menjadi tahap baru untuk industri dan memberi keuntungan sebanyak AS$8 bilion,”
Sudah semestinya Take-Two cuba unntuk memberitahu beberapa permainan video besar mereka yang akan keluar tidak lama lagi.
Mengikut perspektif, Take-Two melaporkan keuntungan besar sebanyak AS$5.3 bilion.
Jadi permainan video apa lagi yang masih ditunggu-tunggu oleh orang ramai jika bukan Grand Theft Auto 6.
Kenyataan itu juga mengatakan bukan sahaja satu tetapi beberapa permainan video besar yang akan hadir tidak lama lagi.