Gundam Evolution – macam Overwatch tapi guna Gundam

Gundam Evolution adalah permainan video FPS shooter pertama dalam dunia Mobile Suit Gundam. Gundam dari siri-siri yang lain juga akan muncul untuk Gundam Evolution.

Dua pasukan iaitu 6 lawan 6 akan berlawan di dalam satu arena besar untuk menangkap kawasan dengan menggunakan kuasa istimewa dan juga kuasa ultimate mengikut Gundam masing-masing.

Dari video acah di atas, nyata inspirasi Overwatch terserlah dan apatah lagi kali ini ia adalah Gundam.

Setakat ini hanya 12 Gundam sahaja yang diumumkan terdiri dari siri Gundam, Gundam Seed, Gundam Iron Blooded Orphans dan lain-lain.

Gundam Evolution menggunakan formula hero-shooter dan akan membawa tiga mod permainan berbeza.

https://gundamevolution.jp/assets/img/top/point_01_img.jpg

Pertama ialah Point Capture iaitu pasukan perlu mendapatkan point untuk menang.

Kedua, Domination apabila pasukan perlu menangkap tiga point berbeza secara rawak.

Ketiga, mod Destruction, apabila satu pasukan perlu melindungi satu objek dan pihak musuh perlu menghancurkan objek itu.

https://gundamevolution.jp/assets/img/top/point_02_img.jpg

Bandai Namco menyatakan Gundam Evolution akan tersedia percuma untuk semua di Windows PC. Di Jepun, tarikh beta tertutup sudah diumumkan iaitu pada 8 dan 9 Ogos ini.

Namun, masih tiada lagi tarikh pelancaran untuk di luar Jepun setakat ini.

Anda boleh melayari laman rasmi Gundam Evolution di sini untuk maklumat lanjut.

RELATED NEWS

+