Harry Potter: Wizards Unite adalah sebuah game mobile AR yang dibangunkan oleh Niantic yang terkenal dengan Pokemon GO.
Menurut laman rasmi Twitter, Harry Potter: Wizards Unite bakal dilancarkan di seluruh dunia bermula pada minggu ini, 21 Jun 2019. Game ini pernah dilancarkan sebagai beta di Australia dan New Zealand.
The worldwide launch of Harry Potter: Wizards Unite begins this Friday, June 21! Keep your eyes peeled and wand ready for more information as the game goes live in your region soon. #WizardsUnite pic.twitter.com/ckk4s4mi8a
— Harry Potter: Wizards Unite (@HPWizardsUnite) June 19, 2019
Game ini mengikut cara permainan sama seperti Pokemon GO iaitu korang adalah rekrut baru untuk sebuah pasukan rahsia (Statute of Secrecy Task Force) ditubuhkan oleh Kementerian Sihir (Ministry of Magic) dan Konfederasi Antarabangsa Ahli Sihir (International Confederation of Wizards) ditugaskan untuk menyiasat satu bencana aneh dipanggil sebagai The Calamity.
Tweet rasmi di atas tidak menunjukkan senarai negara yang bakal dapat bermain pada 21 Jun ini. Mengikut apa yang pernah berlaku pada Pokemon GO sebelum ini, ia mengambil masa beberapa tahun sebelum rakyat Malaysia dapat menangkap Pokemon. Jadi, harap-harap peminat Harry Potter di Malaysia bersabar terlebih dahulu, ya.
Sumber: The Verge