Pokémon GO Boleh Dimain Tanpa Keluar Rumah Buat Waktu Ini

Isu wabak COVID-19 telah melanda satu dunia dan menyebabkan pelbagai aktiviti dihentikan. Niantic, pembangun Pokemon Go, telah mengeluarkan sebuah kemaskini buat permainan video tersebut sebagai respon terhadap situasi ini.

Bermula daripada sekarang, beberapa perubahan telah dibuat agar pemain Pokemon GO boleh main tanpa keluar dari rumah. Antaranya ialah meningkatkan bilangan habitat supaya pemain boleh menemui lebih banyak Pokemon berdekatan tempat tinggal.

Selain itu, incense packs (item yang digunakan untuk meningkatkan bilangan Pokemon yang muncul) kini dipotong harga sebanyak 99%. Ditambahkan lagi, setiap incense pack akan bertahan selama sejam.

Untuk menetas telur yang mengandungi Pokemon, pemain kebiasaanya perlu menggunakan incubator dan berjalan (dalam dunia sebenar) jarak yang juah. Pada waktu ini, penggunaan incubator untuk menetas Pokemon dua kali ganda lebih berkesan. PokéStops pula akan memberikan Gifts dengan lebih kerap.

Setiap perubahan di atas akan berkekalan sehingga ada pemberitahuan lebih lanjut daripada pihak Niantic.

Sumber: Polygon

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+