Permainan video Pikmin Bloom – sama macam Pokemon GO

Niantic dan Nintendo bekerjasama sekali lagi untuk permainan video baharu Pikmin Bloom.

Pikmin Bloom adalah permainan video mudah alih baru dan akan hadir minggu ini bermula di Australia dan Singapura.

Anda akan berjalan-jalan dengan Pikmin dan Pikmin dapat lakukan penerokaan bagi mengumpul pelbagai jenis barang.

Pikmin anda juga bakal mendapat pelbagai pakaian baru untuk digayakan.

a Mii running alongside a group of pikmin. their path glitters and is filled with flowers

Dari segi penjagaan, Pikmin memerlukan buah-buahan sebagai makanan dan sekuntum bunga akan tumbuh di atas kepala karakter ini.

Bunga-bungan itu boleh digunakan untuk menanam lebih banyak pokok bunga dan mewarnai bandar virtual anda dengan bunga-bunga cantik.

a screenshot of a journal entry from pikmin bloom. there’s a photo of a burger and a scenic overlook.

Pikmin Bloom membolehkan anda bermain dengan pemain lain di mana anda perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan menanam lebih banyak taman.

Setiap hari Pikmin Bloom akan memberitahu jumlah langkah yang anda sudah lakukan dan akan membuat jurnal untuk aktiviti seharian anda.

RELATED NEWS

+