Headup umum tarikh pelancaran First Person Survival “Escape from Naraka” 29 Julai ini

Pada 22 Jun yang lalu, Headup telah membuat pengumuman tentang permainan video first-person survival platformer, Escape from Naraka yang akan dilancarkan di platform Steam pada 29 Julai ini. 

Apabila permainan ini dilancarkan, para pemain akan dapat bersaing antara satu sama lain di arena dunia “Global Steam Leaderboards”.

Setiap tahap dan ulangan permainan akan direkodkan dan para pemain akan dapat membuat perbandingan dengan rakan-rakan di serata  dunia. Versi lengkap permainan ini akan menampilkan ciri Razer Chroma untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik untuk diterokai.

Escape from Naraka ini menggabungkan sejarah mitos Balinese dengan suntikan pengaruh dari permainan video seperti SEUM: Speedrunners from Hell, Dark Deception dan juga Doom. Memecut laju di dalam permainan melalui labyrinth temple yang penuh dengan mitologi Balinese, perangkap dan ujian untuk menjadikan ia pengalaman yang mengasyikkan. 

Pasukan pembangun menggunakan artifak Balinese yang sebenar dan teknologi pengimbasan 3D untuk mempamerkan kepada para pemain tentang sejarah Balinese melalui permainan video.

RELATED NEWS

+