Hellblade: Senua’s Sacrifice Akan Tiba Di Nintendo Switch

Hellblade: Senua’s Sacrifice akhirnya akan tiba di Nintendo Switch selepas sekian lama.

Pengumuman ini mungkin sedikit mengejutkan tapi nampaknya lebih ramai orang akan dapat merasai permainan video dihasilkan Ninja Theory ini. 

Walaupun tiada gameplay footage sebelum ini, ia ditunjukkan di PAX East pada minggu lalu dan mengikut video ditunjukkan di bawah, permainan ini agak lancar di konsol mudah alih termasuklah kombat.

Hellblade: Senua’s Sacrifice kini sedia dimainkan di PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Buat masa ini, masih belum ada tarikh pelancaran di Switch tapi mungkin dalam masa terdekat ketika April ini. 

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+