Hero baru Natan dan skin Lancelot Bren Esports akan hadir dalam Mobile Legends

Nampaknya seorang lagi hero baru akan diperkenalkan dalam Mobile Legends: Bang Bang dalam bulan ini iaitu Natan, seorang time-traveler yang boleh memutar balik masa dan menukar sejarah.

Hero ini adalah marksman yang lebih bergantung kepada magic items untuk menjadi lebih kuat.

Di samping itu, pelbagai kandungan menarik seperti koleksi skin musim panas untuk Guinevere dan Zilong. Semua skin ini boleh didapatkan dengan potongan harga untuk beberapa hari.

Skin Lancelot yang dihasilkan khas buat Bren Esports juga akan dikeluarkan. Skin ini adalah sempena kejohanan dunia, M2 yang dimenangi oleh pasukan Filipina itu.

Pastinya skin ini mendapat ramai perhatian nanti kerana pengguna Lancelot boleh dikatakan ramai di Malaysia dan pemain profesional.

RELATED NEWS

+