HomeBois menang kejohanan antarabangsa pertama mereka, Kohai SEA

Pasukan Malaysia, HomeBois berjaya meraih kejuaraan di kejohanan Kohai SEA (Kohai SEA Championship) pada Ahad.

Mereka berjaya menewaskan pasukan Indonesia, Aura Fire dengan skor 4-1.

Roamer HomeBois, Barbossa dipilih sebagai MVP Grand Final.

HomeBois menurunkan barisan pemain yang sama seperti di Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY) iaitu Chibii, Anip, Sepat, Warlord serta Barbossa.

Mereka bermula garang selepas menyapu bersih Big Bang Club dan Blacklist Academy.

Tetapi ketika menentang Bigetron Alpha, HomeBois berjaya melakukan reverse sweep untuk mengesahkan slot mereka di Grand Final.

HomeBois sudah semestinya akan bersiap sedia untuk menghadapi saingan di ESL Siri Profesional Snapdragon di peringkat Challenge Season.

RELATED NEWS

+