Infinix berkolaborasi dengan HomeBois, lancar GT 10 PRO berharga RM999

Jenama telefon pintar, Infinix mengumumkan kolaborasi bersama HomeBois bagi pelancaran Infinix GT 10 Pro semalam. Peranti itu mempunyai kemampuan untuk gaming dengan baik dan dilancarkan dengan harga mampu milik iaitu RM999.

“Kami percaya kolaborasi dengan HomeBois mampu menguatkan lagi hubungan kami bersama komuniti tempatan dan pada masa sama memasuki era pengalaman mobile gaming yang tiada tandingnya dengan GT 10 PRO – kata Carmen Yong, Pemasaran dan Pengarah GTM Infinix Malaysia.

Infinix juga akan menganjurkan kejohanan GT 10 PRO bersama HomeBois, sebuah kejohanan dalam talian untuk komuniti gaming di Malaysia yang akan bermula pada 26 September hingga 1 Oktober ini.

Majlis pelancaran di Lake Cabin, Putrajaya itu turut dihadiri Pengasas HomeBois, Nureddy Nursal (DaddyHood) dan pemain-pemain serta duta HomeBois.

GT 10 PRO mempunyai teknologi gegaran 4D yang membolehkan pemain merasai pengalaman bermain game dengan lebih baik. Setiap tembakan seperti dapat dirasai impaknya dan pembesar suara dual audio menambah baik pengalaman game lumba dan FPS.

Paparannya menggunakan HD penuh + AMOLED dan pencahayaan tinggi serta kadar segar semula 120Hz.

Dengan 45W kadar pengecasan, ia memastikan peranti ini dapat digunakan dengan segera.

Infinix GT 10 PRO dilancarkan pada hari ini dengan harga RM999 platform e-dagang Shopeedan tersedia di .

RELATED NEWS

+