Honkai Impact 3rd Bahagian 2 akan hadir 29 Februari ini!

Honkai Impact 3rd Bahagian 2 akan dilancarkan pada 29 Februari ini!

Dalam bahagian 1 dan 1.5, pemain melawan bencana Honkai yang tersebar satu dunia bersama para gadis yang digelar Valkyrie.

Kali ini bahagian 2 akan membawa pemain ke Marikh bersama-sama rakan baharu.

Penceritaan baharu ini akan menghadirkan peta, sistem pertempuran dan raksasa baharu.

Honkai Impact 3rd akan mengekalkan fungsi rentas-simpan (cross-save) di PC dan peranti mudah alih.

Bahagian 2 ini juga ada di Steam dan Epic Store.  

Pemain akan berjumpa dengan tiga karakter baharu iaitu Senadina, Helia dan Coralie.

Pemain akan bermain di Marikh dengan mengikut penceritaan tiga gadis ini.

Salah satu tempat baharu di Marikh adalah Bandar Oxia, satu kota metropolitan moden dengan pusat arked, pusat membeli belah dan pelbagai lagi tempat hiburan lain.

Pemain boleh bergerak di dalam kota itu dengan suasana steampunk.

Permainan juga akan diubah di mana raksasa kini adalah lebih bijak dan setiap pemain perlu lebih peka dengan raksasa yang dilawan.

Pertempuran di udara juga semakin banyak di Bahagian 2 dan sebahagian karakter baharu mampu untuk bertempur di udara dan mempunyai beberapa skill khas di udara.

Bersempena pelancaran Bahagian 2, tidak kira pemain lama dan baru, anda hanya perlu  log masuk untuk mendapatkan attlesuit Crate Card, Battlesuit Rank-S Option 2024, Anniversary Stigma, Anniversary Emblem dan bonus-bonus lain! 

Pemain juga akan mendapatkan Coralie dengan senjatanya termasuk bingkai anniversary.

Nantikan lebih banyak acara baharu untuk Honkai Impact 3rd!

RELATED NEWS

+