Honor of Kings akan dilancarkan secara global tak lama lagi

Permainan mudah alih dengan keuntungan tertinggi, Honor of Kings akan tersedia kepada pemain di luar tanah besar China, tak lama lagi.

Honor of Kings yang mempunyai 100 juta pemain harian aktif itu akan diterbitkan oleh Level Infinite bagi versi global.

Sama seperti Arena of Valor, pemain ditugaskan untuk memusnahkan kristal dengan mengawal satu karakter dengan kemahiran tersendiri. Anda kemudiannya akan bekerjasama dengan rakan sepasukan dan boleh membeli item untuk menguatkan karakter.

Bagaimanapun, buat masa ini belum ada tarikh pelancaran yang rasmi untuk versi global ini namun ramalan tarikh antara Oktober hingga Disember.

Namun, ada juga pemain yang kurang senang dengan berita ini memandangkan Arena of Valor yang juga milik Tencent akan bersaing dengan versi global Honor of Kings ini.

AOV difahamkan sudah mempunyai pelan e-sukan mereka tapi masa depan permainan mudah alih ini masih belum pasti apabila Honor of Kings dilancarkan di peringkat global kelak.

Sumber rujukan: Gamingonphone

RELATED NEWS

+