Bukan “kroni”, pihak PMPL yang lakukan remake

Baru-baru ini tular isu netizen mengatakan pasukan Geek Fam MY sebagai kroni oleh kerana remake yang dilakukan pihak Tencent pada perlawanan kelima di hari pertama PMPL MYSGPH musim keenam.

Oleh kerana itu, pasukan Geek Fam MY menerima pelbagai kecaman hebat dari pihak netizen. Selepas beberapa lama kemudian, mereka tampil mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Malaysia (@geekfammy)

Menurut mereka, pihak Tencent melakukan remake itu secara mengejut dan pasukan Geek Fam tidak meminta perkara itu untuk berlaku.

Ianya tidak adil bagi pasukan Geek Fam untuk menerima kecaman sebegitu daripada peminat dan netizen.

Mereka menyeru pihak-pihak yang terlibat supaya bersikap lebih matang dan menjadikan ekosistem e-sukan yang lebih sihat di masa hadapan.

Sumber dan foto: Geek Fam MY

 

 

 

RELATED NEWS

+