Honor Of Kings: World – permainan dunia terbuka RPG Honor of Kings

Honor of Kings yang menjadi antara permainan video terbesar dibuat oleh TiMi Studio Group dan dikeluarkan oleh Tencent Games.

Permainan video MOBA yang berasal dari China ini mempunyai 100 juta pemain harian.

Dikenali sebagai Arena of Valor di luar China, Honor of Kings sudah berjaya meraih wang sebanyak  AS$10 billion sejak 2015.

Honor of Kings: World adalah keluaran spin-off terbaru Honor of Kings dengan dunia terbuka RPG.

Dari treler di atas, permainan banyak menunjukkan aksi-aksi yang tanpa henti penuh dengan efek spesial.

Permainan juga disamakan dengan Breath of the Wild atau Genshin Impact tetapi di dalam dunia mitos di China seperti istana besar, makhluk mitos seperti naga dan yang dinantikan perlawanan seperti anime pasti akan menarik minat anda untuk mencuba.

Honor of Kings: World bakal mengembangkan lagi penceritaan dunia Honor of Kings.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai platform permainan dan juga tarikh pelancaran untuk Honor of Kings: World.

RELATED NEWS

+