INFINIX GT 10 PRO MLBB Championship – Pendaftaran dibuka!

Infinix Malaysia mengumumkan GT 10 PRO MLBB Championship yang akan bermula pada 26 September sehingga 1 Oktober ini.

Pertandingan inni dibuat bersama-sama pelancaran Infinix GT 10 PRO dan kolaborasi bersama Homebois dan Kohai.

Infinix komited untuk mengukuhkan komuniti permainan video dengan memberi platform untuk memasuki dunia e-sukan.

Homebois pasukan terkenal MLBB dan Kohai pelantar dedikasi khas untuk pemain mahukan yang terbaik untuk mereka dan mengubah minat menjadi kerjaya profesional permainan video.

Pertandingan ini terbuka kepada semua dan pendaftaran dibuka 14 September sehingga 21 September ini.

Dua cara untuk anda sertai pertandingan ini.

Cara 1

Langkah 1: Like dan Kongsi laman ini dengan #OutPlayTheRest

Langkah 2: Ikuti laman Infinix Malaysia di Facebook dan Instagram

Langkah 3: Komen di bawah ” We are PRO team!” dan tag 4 ahli pasukan anda.

Cara 2

Langkah 1: Muat turun aplikasi Kohai di telefon anda

Langkah 2: Main MLBB di aplikasi Kohai

Langkah 3: Dapatkan mata 8 teratas (Combat Arena) dari 14 September sehingga 20 September 2023.

 

Infinix GT 10 Pro in for review - GSMArena.com news

Jumlah wang terkumpul adalah sebanyak RM3,000 dimana juara akan mendapat RM1,200 termasuk 5 unit telefon GT 10 PRO, kedua dengan RM1,000 dan ketiga RM800.

Untuk maklumat lanjut pergi ke Facebook rasmi GT 10 PRO MLBB Championship go to Infinix Malaysia.

RELATED NEWS

+