“Xorn 95 peratus sah akan ke HomeBois,” – Daddyhood

Pemilik HomeBois, Nureddy Nursal ataupun Daddyhood menyatakan bahawa Roamer Geek Fam, Xorn akan menyertai pasukannya untuk saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY pada musim hadapan (musim ke-12).

Daddyhood menjawab persoalan peminat di laman Tiktok miliknya dan menyatakan bahawa atlet Sukan SEA itu hampir menandatangani dengan pasukan itu.

“95 peratus sah. Tinggal tunggu tandatangan (kontrak),” ujar Daddyhood 

Beliau turut menyatakan bahawa Xorn berkemungkinan akan diumumkan oleh HomeBois pada 2 Jun (Jumaat).

Tambahan pula, Daddyhood masih mencari Gold Laner untuk pasukan itu.

Beliau juga mengesahkan bahawa Feekz akan mengikuti jejak langkah rakan sepasukannya ke HomeBois.

Feekz akan dilantik sebagai duta serta pencipta kandungan untuk pasukan itu.

HomeBois merupakan di antara tiga pasukan yang dijemput ke Challenge Season untuk Kejohanan Siri Profesional Snapdragon musim ketiga yang akan bermula pada 24 Jun sehingga 2 Julai.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+