“Ingatkan sempat buat 1 more show..” Sir Cloud ucap terima kasih kepada ChuChu Gaming

Andrew Cheong (SirCloud) hari ini mengucapkan terima kasih kepada ChuChu Gaming ataupun nama sebenarnya Andriyana Mohd Ghazali.

Beliau hari ini membuat satu hantaran di Facebook memberitahu pengalaman beliau bersama pengulas wanita itu.

I masih ingat kita pertama kali jumpa waktu sebelum PMPL S1, sebagai orang baru, I segan (nervous) waktu kita buat mock cast, sampai macam tak reti cast dah.

“Waktu liga PMPL S1, kita belajar macam mana nak coordinate tri-cast dengan Gideon. Lepas beberapa game baru faham.

“Dari situ, kita buat (ulas) beberapa musim PUBGM, beberapa judul permainan video lain dan untuk kedua-dua bahasa (BI dan BM),” tulis SirCloud.

Menurut SirCloud, beliau gembira dengan pilihan ChuChu dan berharap pasangan duonya itu dapat memilih karier baru dengan berbakti kepada masyarakat.

Dari awal lagi SirCloud dan ChuChu Gaming menjadi dynamic duo dari bermula sebagai pengulas baharu sehingga pengulas veteran yang sangat dikenali ramai oleh ramai orang terutamanya ketika kelayakan PMPL S1.

SirCloud juga mengucapkan selamat maju jaya kepada ChuChu untuk karier baru nanti.

Difahamkan, sebelum ini ChuChu ada menyatakan hasratnya untuk kembali ke bidang perubatan.

Foto: SirCloud

RELATED NEWS

+