Ini 5 pemain yang patut anda beri perhatian di VALORANT Champions Tour Berlin

VALORANT Challengers Tour (VCT) adalah kejohanan terbesar buat permainan ini dan di Berlin adalah julung kalinya kejohanan dunia ini akan berlangsung.

Juara dunia VALORANT rasmi pertama akan dinobatkan dalam beberapa minggu dan untuk pasukan ini sampai ke sini, mereka bergantung pada kebolehan bermain beberapa pemain paling cemerlang dalam permainan.

Pemain-pemain ini mencipta detik-detik ikonik dan membantu pasukan masing-masing ke peringkat paling hebat dalam e-sukan VALORANT setakat ini.

5) Nivera

Kalau anda kenal ScreaM, anda patut mengenali Nivera. Nivera adalah adik ScreaM dan beliau juga mempunyai pembidikan tepat seperti abangnya.

Beliau baru memulakan tugas sebagai pemain keenam tetapi sudah memungut ace dalam pusingan rasmi pertamanya dan memainkan peranan penting dalam kemenangan EMEA LCQ dan Red Bull Home Ground Liquid.

Beliau mempunyai matlamat sama seperti abangnya dan boleh memainkan beberapa ejen utama seperti Viper, Killjoy dan Cypher serta boleh menjadi tonggak utama kepada Liquid menjadi pasukan yang patut digeruni.

4) nAts

nAts adalah tonggak utama pasukan Gambit. Beliau dapat mengeksploitasi pembukaan terkecil dan memanfaatkan sebarang situasi. Beliau boleh dikatakan lurker terbaik dalam permainan sekarang, sentiasa menangkap lawannya di seluruh peta.

Beliau bukan sahaja boleh menyampaikan permainan yang signifikan tetapi nAts melakukannya dengan cara yang sangat teliti tetapi sambil bersahaja. 

3) cNed

Tenaga penggerak untuk Acend dan mungkin Jett terbaik di seluruh Eropah, cNed berusaha untuk membuat persembahan lain selepas gagal mencapai jangkaan di Masters Berlin.

Potensi untuk Acend menjadi hebat pastinya ada kerana Gambit hanya kehilangan tiga siri terbaik daripada tiga sejak Ogos dan dua daripadanya adalah kepada Acend.

Dalam kedua-dua siri itu, cNed adalah yang menetapkan corak permainan dengan pencerobohan awal dan permainan clutch menggunakan Jett. 

2) Asuna

Asuna adalah salah satu pemain utama Raze yang terbaik untuk 100 Thieves dan mungkin antara Raze yang terhebat di rantau Amerika.

Beliau biasanya sumber utama untuk pasukannya semasa perlawanan penting mereka. Dengan hanya seorang yang peranan duelist, itu banyak tekanan kepadanya untuk menghasilkan sebuah impak. Tetapi setakat ini, beliau tidak pernah lagi mengecewakan.

1) TenZ

Tetapi hanya ada satu nama yang pasti akan berada di atas senarai ini dan itulah pemain pasukan Sentinels yang lemah lembut yang pastinya built different.

Beliau adalah TenZ. Tiada pemain lain yang mempunyai gabungan kemahiran, kepantasan, ketepatan, deria permainan, dan faktor-faktor lain. Selain itu, beliau mempunyai pilihan duelist yang mantap iaitu Reyna atau Jett.

Untuk VALORANT Champions Tour kali ini, TenZ serta Sentinels adalah pasukan utama untuk diberi perhatian semasa kejohanan ini.

Pastikan anda menonton VALORANT Champions Tour dan dapatkan item masa terhad. Anda boleh menonton VCT Berlin 2021 di saluran rasmi VALORANT di Trovo, Twitch dan YouTube.

RELATED NEWS

+