Ini antara item yang akan ditawarkan kepada pemain sempena VALORANT Champions Tour

Acara kejohanan VALORANT Champions 2021 akan bermula pada 1 Disember dengan 16 pasukan mengintai kejohanan dunia VALORANT buat julung kalinya.

Acara LAN ini akan disiarkan pada berbilang platform seperti AfreecaTV, Trovo, YouTube dan Twitch, dan menonton siaran strim boleh memberi anda item masa terhad. Tambahan pula, terdapat juga kad pemain Art of Greatness eksklusif yang akan tersedia kepada semua pemain secara automatik.

Art of Greatness

 

Anda hanya perlu log masuk ke dalam permainan anda dan akan menerima anda kad ‘Art of Greatness’ Valorant Champions 2021 secara automatik dalam inventori anda. Seterusnya, anda cuma perlu menukar kad pemain anda dan anda sepatutnya dapat melihat kosmetik baharu itu.

Champions Collection

Sokong pasukan VALORANT kegemaran anda dengan koleksi Champions edisi terhad dan raikan VALORANT Champions 2021 dengan kumpulan edisi terhad ini. Separuh daripada hasil daripada koleksi ini akan dibahagikan sama rata antara semua pasukan yang layak ke VALORANT Champions.

Dari 24 November sehingga 12 Disember, koleksi Champions yang terdiri daripada Champions Vandal, tiga kad pemain yang diilhamkan oleh video muzik Champions ‘Die For You’, penama Champion, dan karambit VALORANT tulen pertama akan tersedia secara eksklusif dalam VALORANT di gedung permainan.

Sukacita diingatkan, item ini tidak akan kembali ke Store atau Night.Market, jadi pastikan anda mendapatkannya sebelum ia hilang buat selamanya.

Item Siaran Kejohanan

Riot Games juga menawarkan spray dan gun buddy eksklusif untuk pemain. Untuk mendapatkannya, anda perlu memautkan akaun VALORANT anda dengan pelantar penstriman VALORANT Champions 2021 seperti YouTube, Twitch, AfreecaTV atau Trovo.

Selepas itu, anda perlu menonton perlawanan semasa siaran Champions dan Watch Party di Twitch dan Trovo. Peminat akan layak menerima semburan VCT dari 1-11 Disember manakala VCT Gun Buddy akan menjadi item eksklusif semasa peringkat akhir bermula jam 1AM GMT+8 pada 13 Disember.

RELATED NEWS

+