Kali ini meta di kejohanan dunia MLBB, M4 membawakan Karrie dimainkan sebagai hero pilihan banyak pasukan.
Menurut Liquipedia, Karrie mempunyai pick dan ban rate 100% sehingga dalam satu permainan samada pasukan memilih atau ban Karrie.
Marksman ini menjadi begitu kuat untuk M4 kali ini.
Ini hero-hero untuk counter Karrie:
1. Claude
Claude adalah antara marksman yang boleh berlawan dengan Karrie.
Kelebihan Claude sebagai marksman yang pantas dengan damage yang besar sesuai untuk counter Karrie.
Claude mempunyai skill mobiliti dan burst damage yang besar sekaligus memberi masalah untuk Karrie.
2. Akai
Akai boleh tank sedikit masa walaupun berlawan dengan Karrie.
Sementara Karrie cuba untuk membunuh Akai, pasukan Akai yang lain dapat menghalang Karrie.
Akai juga mempunya Ultimate untuk memberi crowd control kepada Karrie dan boleh memastikan Karrie tidak boleh berbuat apa-apa.
3. Lolita
Lolita adalah tank yang dikenali dengan defense yang sangat tinggi.
Skill 2 Lolita dapat menahan banyak damage yang dibuat oleh Karrie dan boleh digunakan untuk memastikan pasukan anda mengalahkan Karrie.
Ultinya pula boleh menangkap Karrie dengan kejutan.
4. Chou
Chou seperti biasa menjadi hero yang boleh membunuh dan memberi masalah kepada mana-mana marksman.
Skill crowd control yang ada dari Chou sangat berguna dan jika Karrie tertangkap, Karrie tidak dapat berbuat apa-apa.
5. Clint
Burst Damage Clint nyata menjadi penyudah untuk Karrie.
Karrie tidak boleh berlawan dengan Clint untuk jangka sama yang lama.
Jika terkena Skill 2 Clint, apa yang Karrie boleh buat hanya cuba untuk hidup.
Apa lagi hero-hero yang anda rasa boleh counter Karrie?