Ini jawapan Dlarskie tentang statusnya bermain di skuad utama EVOS Legends

EVOS Legends baru sahaja mengumumkan kemasukan pemain dari Filipina iaitu Dlarskie yang akan bermain di posisi Exp Laner.

Namun begitu, dia masih belum diturunkan untuk bermain di pentas MPL ID setakat ini.

Dlarskie membuat satu kenyataan di laman Twitter rasminya berkaitan statusnya bermain untuk pasukan Sang Macan Putih itu. Menurutnya, dia akan turun bermain dan jangan berhenti berikan sokongan kepada EVOS.

“Kepada semua orang yang mengirimkan PM (Private Message) kepada saya dan terus memberikan sokongan, tunggu saya. Saya akan segera bermain dan terima kasih kepada anda semua. Sokong EVOS,” tulis Dlar di dalam ciapan itu.

Pada minggu ini, EVOS Legends bakal bermain satu perlawanan menentang Geek Fam ID di mana mereka memberikan saingan semenjak kemasukan Baloyskie di dalam pasukan.

Adakah Dlarskie bakal diturunkan ke skuad utama pada minggu ini? Kita bakal saksikan.

Sementara itu, ONIC ID mencatatkan permulaan yang baik dengan kemasukan pemain Filipina, Kairi. Mereka menang 2-0 ke atas Rebellion Zion

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+