“Ini kali pertama jadi jurulatih dan juga pengurus,” – Dragon (RED Esports)

Perlawanan pertama minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia menyaksikan pasukan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan RED Esports.

Team Caracal membawa masuk barisan pemain baru yang juga bekas pemain Suhaz Esports, Eavy, AJ dan juga D’Ace. Mereka ditewaskan di perlawanan pertama namun mereka cuba kembali bangkit di perlawanan kedua.

Corak permainan yang begitu berdisiplin ditunjukkan oleh Team Caracal berjaya memberikan mereka kemenangan di perlawanan kedua.

Perlawanan ketiga diteruskan dan Team Caracal mendapat kelebihan di peringkat awal. Namun begitu, Red Esports berjaya mendapatkan momentum mereka kembali dan mula menunjukkan dominasi mereka.

Team Caracal yang cuba untuk mencuri Lord di saat akhir tidak berjaya dan faktor kekurangan gold berbanding pasukan Red Esports menyebabkan mereka gagal untuk mempertahankan base mereka.

Di dalam temubual kemenangan terhadap Zairul Hazim Zailani (Dragon) selaku pengganti jurulatih Sorapayung, Dragon memberikan kenyataan berkaitan pengalamannya menggantikan Sora.

“Sebenarnya, ia adalah pengalaman yang baru oleh kerana ini adalah kali pertama menjadi jurulatih dan juga pengurus. Jadi apa yang saya buat adalah saya menggunakan pengalaman saya di atas pentas.” katanya.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+