“Ini keputusan bersama untuk keluar daripada Team Caracal,” – Aim

Pemain Team Caracal, Muhammad Aim Mohamad Abas atau lebih dikenali sebagai Aim, menyatakan bahawa keputusan untuk keluar daripada Team Caracal adalah keputusan bersama para pemain.

“Selepas daripada perbincangan bersama para pemain dan pihak pengurusan, kami semua mengambil keputusan untuk keluar daripada Team Caracal,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Dia juga mengatakan bahawa kalau boleh dia memang nak bersama dengan rakan sepasukanya yang lama.

“Kalau boleh saya memang nak bersama dgn roster yang sama sebabnya saya setiap musim tukar lineup. Saya tak pernah dapat stick pada roster yang sama pada sekurang-kurangnya dua musim,” katanya.

Sekarang ini, Aim sudah dapat tawaran untuk bermain di tiga pasukan MPL dan sedang menjalani proses trial.

Selamat maju jaya Aim!

Foto: Facebook Aim

RELATED NEWS

+