Ini sebab kenapa pemain Dota 2 Malaysia, MidOne, kecewa dengan pembatalan DPC

Pembatalan Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022 adalah sebuah keputusan yang terpaksa dilakukan oleh penganjur acara serta Valve. Keputusan sukar ini dilakukan atas kebimbangan penularan COVID-19 serta variannya.

Walaupun keputusan ini terpaksa dilakukan, ramai pemain profesional tidak berpuas hati dengan cara Valve menanganinya. Ini termasuklah MidOne, pemain profesional Dota 2 dari Malaysia yang kini bermain untuk Team SMG.

Prestasi Team SMG sepanjang musim DPC SEA agak menakjubkan, dengan hanya tewas 2 kali dalam 7 perlawanan. Pasukan ini sepatutnya layak ke pusingan Major tahun ini tetapi malangnya ia tidak dapat berlaku.

Menurut Yeik Nai Zheng atau dikenali sebagai MidOne, kejayaan mereka di DPC SEA 2021-2022 adalah sebuah kejayaan kecil.

“Saya tak kata kemenangan Team SMG sebagai kejayaan tapi pastinya, ia adalah kemenangan kecil buat saya. Anda tahu, semua pemain menyasarkan Aegis.

Selain daripada itu, MidOne juga kecewa kerana tidak mampu membuktikan dirinya di Major.

“Kecewa tak dapat bermain secara LAN. Saya tak dapat buktikan diri saya di sana. Saya rasa semua orang mahu bersaing dengan setiap pasukan di seluruh dunia dan bukannya hanya di rantau. Tak sabar nak main di Major tapi kini dibatalkan pula,” katanya.

 

Selepas memberi ruang kepada Anathan Pham atau dikenali sebagai ‘ana’, MidOne ingin membuktikan diri serta dapat menunjukkan bahawa beliau berbeza sekali dengan ana.

Nampaknya kita bakal melihat MidOne beraksi dengan garang demi membuktikan diri beliau dan menghilangkan dahaganya untuk menjulang piala Aegis of the Champions pada The International akan datang.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+