Ini segalanya yang ditayangkan di State of Play pagi tadi

Pagi tadi jam 5AM berlangsungnya Sony State of Play yang menayangkan pelbagai permainan baru serta pendedahan permainan indie. Namun, acara State of Play bukanlah kemas kini yang paling penting yang pernah kami lihat, tetapi berikut ialah rangkuman semua yang dipaparkan.

Deathverse: Let It Die

Permainan arena akan datang Deathverse: Let It Die diumumkan hari ini, dan kelihatan baik. Treler itu menunjukkan beberapa pertempuran jarak dekat dan beberapa watak. Menurut treler ia akan dilancarkan pada musim bunga 2022.

We Are OFK

Permainan ini adalah permainan seperti novel visual yang membawa anda sebagai watak ahli kugiran yang melancarkan musik video pertama mereka. Pemain juga boleh memilih untuk menggayakan bagaimana musik video itu berlangsung. Sebuah permainan yang unik.

Bugsnax

Bukan permainan baharu, tetapi Bugsnax akan menerima kemas kini yang besar yang berjudul Isle of BIGsnax dan akan dilancarkan pada tahun depan. Ia menambah ciri membina binaan asas dan bugsnax ‘prasejarah’ besar.

Five Nights At Freddies: Security Breach

Permainan ini akan dilancarkan pada 16 Disember. Permainan ini menawarkan pengalaman Five Nights at Freddies tetapi dalam kualiti yang amat tinggi. Disarankan untuk pemain yang gemar siri ini atau genre seram.

Death’s Door

Permainan indie ini mendapat perhatian ramai. Pemain berperanan sebagai burung gagak kecil yang bekerja sebagai ‘penuai’ mengumpul jiwa untuk Ibu Pejabat Suruhanjaya Menuai, sebuah birokrasi pejabat di dunia akhirat.

KartRider: Drift

Jika anda meminati permainan seperti Crash Team Racing atau Mario Kart, KartRider: Drift ini mungkin sesuai untuk anda. Permainan ini juga kelihatan seronok untuk dimainkan ramai-ramai bersama rakan dan saudara.

The King of Fighters XV

King of Fighters XV ini akan memasuki beta terbuka pada PS4 dan PS5 pada 19 November. Jadi, cubalah beta terbuka itu dan nilaikan permainan ini tersendiri.

First Class Trouble

Permainan ini seakan-akan Among Us tetapi dimainkan secara berkumpulan. Ia akan dilancarkan pada 2 November. Permainan ini juga diberikan secara percuma kepada pelanggan PS Plus pada suatu hari nanti. 

Star Ocean The Divine Force

Permainan JRPG ini kembali dalam siri yang sudah dikenali peminat dan orang ramai. Ia kini dirancang untuk dikeluarkan pada PS4, PS5, Xbox Series X dan S, serta PC melalui Steam pada 2022.

Little Devil Inside

Little Devil Inside ialah permainan video pengembaraan aksi akan datang yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Neostream Interactive. Mod berbilang pemain pemain tunggal dan koperasi kedua-duanya mengikuti kehidupan profesional dan peribadi penjelajah yang mencari raksasa & peristiwa ghaib dalam dunia yang diilhamkan oleh abad ke-19.

Inilah antara permainan yang ditayangkan di State Of Play pagi tadi. Ramai menjangkakan permainan seperti Final Fantasy XVI akan ditayangkan namun ia tiada kelihatan. Kebarangkalian besar permainan-permainan besar ini akan ditayangkan pada hujung tahun ini pada bulan Disember.

RELATED NEWS

+