Prestasi Steam Deck tidak berbeza di dalam mod “docking” – Greg Coomer

Menurut pereka Valk, Greg Coomer, Steam Deck tidak akan ditingkatkan prestasinya apabila berada dalam mod docking

Dalam temu bual bersama PC Gamer, Coomer menjawab pertanyaan mengenai apakah Valve akan mempertimbangkan untuk melaksanakan mod kuasa yang lebih tinggi untuk digunakan ketika peranti itu di dalam mod docking.

Beliau berkata “Ya, tetapi kami tidak memilih untuk menjadikannya sebagai sasaran reka bentuk keutamaan, kami merasakan bahawa lebih baik jika peranti itu tidak diubah prestasinya ketika docking atau tidak.

Coomer mengatakan bahawa keputusan Valve untuk tidak menerapkan ciri prestasi yang lebih tinggi untuk konsol itu dalam mod docking sebagai keutamaan. Dia menjelaskan “faktor kegunaan yang tinggi untuk konsol adalah untuk memudahkan pengguna bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Selain itu, pengguna memerlukan sebuah peranti yang berfungsi dengan baik dan kadar bingkai (Frame Rate) yang cukup untuk permainan AAA.”

“Kami tidak merasakan syarikat harus mensasarkan mod docking pada resolusi yang lebih tinggi. Kami mahu memastikan reka bentuk peranti itu nampak simple dan mudah digunakan” ujar beliau lagi.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+