Malaysia berjaya melayakkan diri untuk menyertai kejohanan Overwatch World Cup 2019 yang bakal berlangsung di BlizzCon bertempat di Anaheim Convention Center, California, Amerika Syarikat."> Malaysia berjaya melayakkan diri untuk menyertai kejohanan Overwatch World Cup 2019 yang bakal berlangsung di BlizzCon bertempat di Anaheim Convention Center, California, Amerika Syarikat." /> Malaysia berjaya melayakkan diri untuk menyertai kejohanan Overwatch World Cup 2019 yang bakal berlangsung di BlizzCon bertempat di Anaheim Convention Center, California, Amerika Syarikat." />

Inilah Cara Untuk Jadi Wakil Malaysia Ke Overwatch World Cup 2019

Baru-baru ini, Malaysia berjaya melayakkan diri untuk menyertai kejohanan Overwatch World Cup 2019 yang bakal berlangsung di BlizzCon bertempat di Anaheim Convention Center, California, Amerika Syarikat.

Overwatch World Cup 2019 merupakan salah satu pertandingan e-sukan terpenting untuk game online team-based shooter yang telah diadakan sejak 2016. 

Cara Untuk Jadi Wakil Malaysia

Jawatankuasa pasukan Malaysia Overwatch World Cup 2019 telah membuka peluang bagi pemain Overwatch tempatan untuk mewakili Malaysia ke persada antarabangsa. 

Untuk menyertai, korang perlu menepati kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum Skill Rating (SR) 3.5k
  • Mencapai rank Masters sekurang-kurangnya selama 3 musim
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 1 November 2019
  • Hantarkan video mempamerkan kebolehan permainan Overwatch terbaik

Bagi yang berminat, serlahkan kebolehan korang dan daftarkan diri di sini.

Hanya 12 penyertaan pemain dihantarkan kepada Blizzard untuk disahkan. Selepas itu, cuma 7 pemain disenarai pendek bagi membentuk pasukan Overwatch untuk bertanding ke Overwatch World Cup 2019 pada 1 hingga 2 November 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang pemilihan pemain, tarikh pertandingan akan datang dan pengumuman lain, korang boleh ikuti laman FacebookTwitter dan Discord rasmi pasukan Malaysia ke Overwatch World Cup 2019.

RELATED NEWS

+