Overwatch Crossplay Beta kini dalam fasa beta terbuka bersama acara baru Ashe

Buat peminat Overwatch di luar sana, fungsi rentas platform kini tiba untuk fasa beta terbuka.

Anda kini boleh bermain dengan kawan-kawan di PC, PlayStation, Xbox dan Nintendo. Anda cuma perlu aktifkan crossplay di akaun Battle.net anda.

Overwatch juga ada menyertakan acara baru Ashe’s Deadlock Challenge pada 22 Jun sehingga 5 Julai. Anda boleh mendapat ikon baharu, spray baharu dan juga skin Deadlock Ashe dengan hanya perlu bermain 27 perlawanan sahaja untuk mendapatkan kesemua kelengkapan baharu ini.

Jom ajak rakan-rakan anda dari pelantar lain untuk bermain Overwatch bersama!

RELATED NEWS

+