Inilah Cara Untuk Main Beta Monster Hunter World: Iceborne Di PS4

Capcom mengumumkan beta Monster Hunter World: Iceborne iaitu sebuah kandungan tambahan terbesar untuk Monster Hunter: World. 

Iceborne akan membawa pemain ke daerah baru penuh salji bernama Hoarfrost dan berdepan dengan raksasa baru beriklim sejuk seperti Valkhana dan banyak lagi. Capcom mendedahkan trailer khas untuk melihat hidupan liar yang berkeliaran di Hoarfrost seperti di bawah:

Korang boleh mula muat turun beta Monster Hunter World: Iceborne di PlayStation Store sekarang. Berikut adalah tarikh dan masa beta seperti tertera:

  • Pelanggan PlayStation Plus: Jumaat, 21 Jun pukul 6pm sehingga Isnin, 24 Jun pukul 6pm
  • Semua pengguna PlayStation: Jumaat, 28 Jun pukul 6pm sehingga Isnin, 1 Julai pukul 6pm 

Monster Hunter World: Iceborne bakal dilancarkan pada 6 September 2019 di PS4 dan Xbox One manakala PC akan dilancarkan dalam jangka masa terdekat.

RELATED NEWS

+