Inilah hero yang mampu counter Natan menurut EVOS Rekt

Natan adalah salah satu hero yang kian popular di kalangan pemain profesional e-sukan Mobile Legends. Hero ini sering diambil sebagai jungler atau marksman untuk memberikan burst damage yang sangat tinggi.

Selain itu, Natan juga sangat kuat ketika perlawanan mencapai ke fasa late game di mana ia mudah untuk melarikan diri dan memberikan damage dari jarak jauh. 

Kebanyakkan tanker yang cuba untuk menahan serangan Natan tidak berhasil kerana penetration yang dimiliki Natan sangat tinggi walaupun sudah memakai Athena’s Shield atau Radiant Armor.

Namun begitu, kapten EVOS Legends iaitu Rekt berkongsi cara menghadapi hero ini di dalam penstriman langsung beliau di akaun Tiktok miliknya.

Menurut Rekt, Dyrroth sangat sesuai digunakan untuk memberikan burst damage kepada Natan.

@pepew.tiktok

parah lgsg ilang coy natan🤣😭

♬ every summertime edited by suntruelly – ale!

Di dalam pautan video itu, mudah sahaja Rekt mengeluarkan damage yang besar kepada Natan sebelum ia melarikan diri. 

Dyrroth sesuai dimainkan sebagai jungler walaupun hero ini kurang mendapat perhatian di arena kompetitif Mobile Legends.

Adakah anda sudah mencuba hero ini untuk counter Natan? Nyatakan di ruangan komen.

RELATED NEWS

+