Inilah jadual bagi IESF Bali 2022 MLBB, Todak adalah wakil Malaysia

Sebelum kejohanan dunia MLBB, M4 bermula pada Januari di Jakarta, Indonesia, terdapat satu lagi kejohanan penutup tirai 2022 iaitu IESF 2022 MLBB World Championship yang merangkumi pelbagai negara menyertainya.

Pasukan-pasukan terbaik dari setiap negara menghantar wakil mereka namun hanya lapan negara menjadi finalis di kejohanan ini yang diadakan di Bali, Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Garudaku Esi (@garudaku.esi)

Kejohanan ini akan bermula pada 3 Disember hingga 11 Disember ini dan Malaysia menghantar Todak MLBB sebagai wakil selepas berjaya mengharungi pusingan kelayakan sebelumnya.

Senarai negara bertanding:

  • Malaysia
  • Slovenia
  • Argentina
  • Namibia
  • Indonesia
  • Kemboja
  • Filipina
  • Vietnam

Ia menggunakan format Double Elimination bermaksud ada Upper dan Lower Bracket. Mereka yang tewas di Upper akan turun ke Lower (pusingan kalah mati).

Jadual IESF Bali 2022 MLBB World Championship

3 Disember (Upper Bracket Suku Akhir)

– Namibia vs Kemboja
– Malaysia vs Vietnam
– Slovenia vs Argentina 

4 Disember (Upper Bracket Suku Akhir)

– Indonesia vs Filipina

5 Disember (Upper Bracket Separuh Akhir)

– Pemenang Game 1 vs Pemenang Game 2
– Pemenang Game 3 vs Pemenang Game 4

6 Disember

– Lower Bracket Suku Akhir
– Lower Bracket Separuh Akhir
– Upper Bracket Final

10 Disember

– Lower Bracket Final

11 Disember

– Grand Final

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+