Inilah lapan pasukan yang layak ke playoffs MPL MY S10

Selepas lapan minggu bertarung, akhirnya lapan pasukan ini berjaya mengekalkan prestasi mereka dan seterusnya layak ke pusingan penentuan (playoffs) bagi Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesepuluh.

Playoffs ini adalah penting kerana juara dan naib juara akan mendapat slot untuk ke kejohanan dunia, M4 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1 Januari hingga 15 Januari depan.

Ini adalah lapan pasukan yang layak:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Dua pasukan yang tidak bernasib baik, Suhaz Esports dan Team Caracal terpaksa akur dengan nasib mereka yang tidak layak ke playoffs. 

Suhaz Esports tidak mengumpulkan mata yang cukup kerana kekalahan berterusan di musim liga manakala Team Caracal pula mempunyai perbezaan mata yang tipis dengan Team Lunatix iaitu sebanyak dua mata sahaja.

Bagi ‘raja’ kumpulan A dan B, dimenangi oleh Todak di kumpulan A dan Orange Esports di kumpulan B.

Semalam adalah hari penutup yang mana Orange menewaskan Todak 2-1. Nantikan playoffs di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 13 hingga 16 Oktober ini. Masuk adalah percuma!

RELATED NEWS

+