Inilah maksud di sebalik nama seorang lagenda, Lemon RRQ Hoshi

RRQ Lemon adalah salah seorang pemain veteran di arena kompetitif e-sukan Mobile Legends di Indonesia. Juara tiga kali MPL ID ini sangat terkenal dalam kalangan peminat MLBB.

Ramai pemain profesional tidak menafikan kehebatan Lemon yang memiliki kemahiran mekanikal yang tinggi dan pengalaman begitu meluas di dalam permainan itu.

Digelar sebagai raja mage satu ketika dahulu oleh kerana pengetahuan dan kemahirannya menggunakan hero seperti itu di dalam arena kompetitif.

Namun begitu, beliau kini sudah rehat dari arena kompetitif dan lebih memberikan peluang kepada pemain-pemain baru seperti Alberttt untuk bersinar di dalam MPL.

Pasti ada di antara anda semua yang tertanya-tanya apakah maksud nama Lemon sebenarnya, nama yang banyak mencipta sejarah di dalam Mobile Legends Indonesia.

“Sebelum ini, saya mempunyai seorang rakan sebelum memasuki pasukan profesional RRQ. Beliau ingin nickname di dalam buah-buahan dan saya memilih Lemon kepadanya,” ujar beliau.

Terdahulu, Lemon mempunyai skuad Fruit yang mana semua pemainnya memakai nama buah-buahan. Jadi di situ nama Lemon itu tercipta.

Ramai yang menantikan Lemon untuk muncul kembali di arena kompetitif. Namun beliau sudah mengumumkan tidak akan turun padang untuk musim kali ini.

Foto: Lemon

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+