Inilah pasukan yang layak ke playoff MPL ID S10

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia baru sahaja tamat musim liga mereka pada hari Ahad sebelum ini.

Kita dapat saksikan pasukan EVOS Legends buat pertama kalinya gagal layak ke peringkat playoff selepas tewas 0-2 di perlawanan El Clasico menentang RRQ Hoshi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Di atas kemenangan itu, RRQ Hoshi berjaya mendapatkan slot ke upper bracket ditemani oleh pasukan ONIC Esports.

Manakala, pasukan lain yang layak adalah Alter Ego, Bigetron Alpha, Rebellion Zion dan juga Aura Fire. 

Pasukan Geek Fam yang baru sahaja mendapatkan momentum di awal minggu dengan kemasukan Baloyskie, pemain dari ONIC PH juga gagal mendapatkan slot ke playoff.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Peringkat playoff akan bermula pada 19 Oktober ini dan pusingan pertama menyaksikan pasukan Alter Ego akan menentang Aura Fire.

Siapakah yang bakal menjadi juara MPL ID musim ke-10 seterusnya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia M4 nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+