Inilah rupa PS5 dibaringkan, imej rasmi daripada Sony

Semasa bentuk sebenar konsol PlayStation 5 (PS5) didedahkan di pembentangan PS5: The Future of Gaming, Sony Interactive Entertainment hanya menunjukkan ia didirikan secara menegak.

Ini menimbulkan persoalan tentang rupa konsol tersebut apabila dibaringkan. Persoalan tersebut kini terjawab dengan imej rasmi PS5 dibaringkan secara mendatar yang telah dimuat naik di pelayan Amazon.

Nampaknya konsol tersebut akan mempunyai sebuah landasan atau platform yang boleh digunakan untuk mengubah posisinya antara menegak dan mendatar.

Pendedahan ini penting kerana ramai orang tertanya-tanya sama ada konsol tersebut boleh dimuatkan atau tidak di kabinet televisyen mereka kerana ia nampak sangat besar, lagi-lagi apabila didirikan.

Sumber: Push Square

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+