Inilah senarai lengkap roster MPL ID musim kelapan

Selepas kami mendedahkan roster MPL MY musim kelapan tempoh hari, kini kami akan melaporkan senarai roster bagi negara jiran kita, Indonesia!

Bagi mereka yang tidak mengikuti scene arena e-sukan Mobile Legends Indonesia, anda boleh mendapatkan senarai lengkap seperti di bawah:

RRQ HOSHI

Juara di antara segala juara, RRQ Hoshi atau lebih dikenali sebagai Sang Raja sudah berjaya membawa pulang tiga piala MPL setakat ini. Mereka kecundang untuk mempertahankan title mereka di musim ketujuh kerana tewas di tangan Genflix Aerowolf di peringkat playoff.

Kini mereka kembali ke dalam musim kelapan dengan membawa masuk Xinn dan Clayyy. Clayyy adalah salah seorang pemain posisi midlaner yang terhandal sewaktu musim ketujuh manakala Xinn kembali selepas berehat untuk musim yang lepas.

REBELLION GENFLIX

Pencabar baru MPL Indonesia ini adalah terdiri dari pemain muda dan veteran di dalam arena e-sukan Mobile Legends, mereka berjaya mendapatkan slot untuk menggantikan Genflix Aerowolf yang sudah membubarkan roster mereka baru-baru ini.

Selepas sekian lama, wajah baru bagi MPL Indonesia akhirnya muncul, mampukah mereka memberikan tentangan kepada pasukan-pasukan otai MPL di musim kelapan ini.

ONIC ESPORTS

Baru-baru ini, Onic Esports sudah mengumumkan Sasa akan meninggalkan pasukan dan beliau sudah pun rasmi masuk ke pasukan Team SMG tidak lama selepas itu.

Selain itu, Rasy juga sudah memilih untuk masuk ke Alter Ego dan beliau sempat bermain di dalam pertandingan NMA musim ketiga.

Masih mengekalkan skuad utama, Onic Esports mempercayai skuad itu akan memberikan mereka piala untuk musim kali ini.

GEEK FAM

Hanya berbekalkan penambahan 2 orang ahli dari pasukan MDL iaitu Salman dan Dilann dari MDL. Geek Fam dilihat tidak mempunyai banyak perubahan.

Mereka berharap pada musim kali ini untuk berjaya ke peringkat playoff yang sudah digagalkan berulang kali dari musim keempat.

EVOS LEGENDS

Juara NMA musim ketiga baru-baru ini menjadi buah mulut orang ramai untuk memenangi piala musim kelapan ini.

Baru-baru ini mereka membawa masuk Vaanstrong dari AuraFire, Rhapsody dari roster AOV Evos dan Wannn yang berehat sebelum ini akibat faktor kesihatan beliau.

Selain itu, di dalam NMA musim ketiga, Wannn dilihat bermain menjadi hero mage dan Ferxiic masih lagi menjadi jungler. Luminaire pula berehat dari scene kompetitif Mobile Legends.

BIGETRON ALPHA

Selepas membawa masuk Branz kembali, naib juara musim ketujuh ini tewas di NMA musim ketiga selepas dibenamkan Alter Ego di peringkat separuh akhir lower bracket.

Mereka juga mengambil Bottle, jaguh handalan dari Genflix Aerowolf sebelum ini yang dikatakan akan bermain sebagai jungler.

Walaupun Bottle tidak kelihatan di dalam NMA musim ketiga, ramai yang mengatakan BTR akan mengeluarkan senjata rahsianya pada musim kelapan ini.

AURA FIRE

Tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Aura Fire selain melepaskan Vanss dan Vaanstrong. Vaanstrong masuk ke EVOS Legends tidak lama selepas itu.

Aura Fire sering dianggap sebagai underdog di dalam MPL Indonesia, adakah nasib mereka akan berubah kali ini?

ALTER EGO

Alter Ego baru sahaja menjadi naib juara NMA musim ketiga, tewas di tangan EVOS Legends 3-0 memberikan mereka wake up call untuk musim kelapan ini.

Mereka baru membawa masuk Rasy yang sempat muncul di NMA selain melepaskan Caesius dan Yam untuk musim kali ini.

Mempunyai rekod menang tanpa kalah pada awal peringkat regular season musim ketujuh, pasukan ini menghadapi kesukaran selepas Moonton melancarkan kemaskini terbaru sewaktu itu.

Mereka tewas di tangan rival mereka BTR di peringkat playoff musim ketujuh, adakah kali ini mereka akan memberikan tamparan hebat pada BTR? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+