IShowSpeed akhirnya jumpa Cristiano Ronaldo

Siapa sangka satu derma daripada seorang peminat menyebabkan IShowSpeed berjumpa dengan Cristiano Ronaldo.

Perkara ini berlaku pada Ahad apabila IShowSpeed pergi ke Portugal untuk melihat idolanya bermain.

Selepas tamatnya perlawanan di antara pasukan kebangsaan Portugal menentang Bosnia Herzegovina yang berakhir dengan skor 3-0 memihak Portugal, IShowSpeed bertemu dengan keluarga Cristiano Ronaldo.

Speed kemudian diheret oleh Rafael Leao ke tempat letak kereta di Stadium Luz, Portugal untuk bertemu membawanya bertemu dengan Cristiano Ronaldo.

Rafael Leao merupakan bintang A.C. Milan dan sering berada di dalam video bersama Speed dan dia pernah berjanji untuk membawa Speed berjumpa dengan Ronaldo.

Akhirnya, selepas beberapa minit menunggu, Leao menahan kereta Ronaldo dan meminta Ronaldo untuk bertemu dengan Speed.

Speed terkejut untuk melihat Cristiano Ronaldo di hadapan mukanya dan melakukan sambutan ‘Siu’ dengannya.

Selepas itu, mereka menangkap gambar dan dalam masa yang sama, Ronaldo turut menyatakan bahawa anaknya memberitahu Ronaldo mengenai Speed.

Speed dilihat terduduk serta mengeluarkan air mata selepas Ronaldo menaiki semula keretanya.

Semua ini bermula selepas satu derma daripada seorang penonton yang menanyakan Speed siapakah pemain bola sepak kegemaran beliau.

“Cristiano Ronaldo, sewey” jawab Speed.

Selepas itu, dia mula membuat kandungan video mengenai bola sepak dan memasang cita-cita untuk menemuinya.

Akhirnya selepas itu, dia berjaya berjumpa dengan idolanya.

RELATED NEWS

+