IShowSpeed tidak sengaja beli topi Fedora Roblox berharga RM577 ribu

IShowSpeed yang juga pencipta kandungan popular YouTube sekali lagi buat hal yang memusingkan kepala.

Dia secara tidak sengaja membeli Fedora dari Roblox yang beharga 14 juta Robux yang bersamaan dengan AS$125 ribu (RM588 ribu).

IShowSpeed dikenali dengan banyak perkara-perkara pelik dan tidak masuk akal.

Semua bermula apabila chat menunjukkan IShowSpeed satu jenis Fedora edisi terhad dalam Roblox iaitu Midnight Blue Sparkle Time yang hanya wujud sebanyak 100 unit sahaja kerana fedora ini dihasilkan pada tahun 2013.

Tersedar dengan kesilapan klik itu, IShowSpeed menjerit ‘tidak’ dan bertindak menutup muka dan mengetuk mejanya beberapa kali.

IShowSpeed juga hairan kerana pembelian yang besar ini tidak mempunyai pengesahan pembelian.

RELATED NEWS

+