Cristiano Ronaldo akan muncul dalam Garena Free Fire sebagai Chrono

Garena telah mengumumkan kerjasama bersama pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo untuk permainan Free Fire. Ronaldo kini menjadi duta antarabangsa untuk permainan tersebut dan beliau juga akan dimasukkan dalam Free Fire sebagai watak baharu bernama Chrono.

Kemas kini yang memperkenalkan Chrono bertajuk Operation Chrono. Ia akan dilancarkan pada 19 Disember ini untuk semua pemain Free Fire. Maklumat lanjut mengenai Operation Chrono akan didedahkan pada 13 Disember ini melalui laman web rasmi Free Fire.

“Cristiano Ronaldo merupakan inspirasi kepada kami semua dan peluang untuk bekerjasama dengannya dan menampilkannya kepada jutaan peminat Free Fire ialah satu perkara yang sangat mengujakan,” kata Harold Teo, Penerbit Free Fire di Garena.

Pemain bola sepak itu sendiri menyatakan beliau rasa sangat teruja dengan penglibatannya dalam “menghidupkan watak Chrono” dan “mengubah dunia Free Fire” dengan kemunculan watak tersebut.

Pemain-pemain Free Fire yang juga merupakan peminat Cristiano Ronaldo semestinya seronok membaca tentang berita ini. Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan diperkenalkan dalam Operation Chrono.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+