Pemain profesional Bigetron Alpha, Jabran Bagus Wiloko atau Branz tidak akan mengikuti Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC 2021) berikutan tindakan disiplin dari pihak pengurusan yang dikenakan terhadapnya.
View this post on Instagram
Dalam satu posting ringkas di Instagram rasmi @bigetronalpha menulis, mereka memohon maaf atas apa yang terjadi.
“Kami menyatakan bahawa Jabran “Branz” Bagus Wiloko sudah mendapat amaran dari kami.
“Oleh itu, beliau tidak akan dapat bermain dalam mana-mana kejohanan Mobile Legends buat masa sebulan termasuklah MSC 2021 hingga kejohanan tersebut tamat,” tulis posting itu.
Difahamkan, peringatan itu diberikan kepada Branz berikutan tindakan pemain itu yang mematikan kamera ketika penstriman langsung di Nimo TV tapi terlupa mematikan mikrofon.
Oleh itu, kedengaran suara yang tidak senonoh sepanjang sesi tersebut. Sejak itu, ramai peminat yang memaklumkan perkara tersebut kepada Bigetron dan seterusnya organisasi itu menggantung aktiviti Branz selama sebulan.
Pastinya berita ini mendukacitakan peminat Bigetron Alpha kerana pasukan ini baru saja meraih tempat kedua di MPL Indonesia musim ketujuh yang berakhir minggu lalu dan layak ke MSC 2021.