Isu gaji besar Baloyskie, ini penjelasan pemilik Geek Fam

Baru-baru ini Geek Fam ID dipersoalkan disebabkan gaji Baloyskie.

Adakah gajinya lebih besar dari para pemain profesional yang lain di Indonesia?

Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh Lim Keat Kuang selaku pemilik Geek Fam ID.

Sebagai pemain luar Indonesia, Baloyskie wajar mendapatkan gaji yang lebih tinggi untuk bermain di Geek Fam ID.

Baloyskie juga sudah banyak mengorbankan banyak hal dalam kehidupannya dengan berjauhan dari orang tersayang di Filipina apabila merantau untuk bermain MPL ID.

Mobile Legends, Geek Fam ID, MLBB, MPL ID S10

Keat mengatakan faktor utama adalah disebabkan pencapaian yang sudah dicapai.

Geek Fam ID, Mobile Legends, MLBB, MPL ID S10, Lim Keat Kuang

“Kita tahu Filipna sama seperti Indonesia kerana sudah mempunyai liga francais. Jadi disebabkan dia pernah mendapat tempat kedua M3, sudah tentu kami akan mengajikannya lebih tinggi dari jumlah minimum,” ujarnya lagi.

Sebelum menyertai Geek Fam ID, Baloyskie juga pernah menjadi juara MPL PH S5 bersama-sama Sunspark ketika berada di ONIC PH.

Dia juga sudah dua kali tampil di kejuaraan dunia MLBB iaitu di M1 dan M3.

Rujukan: OneEsportsID

RELATED NEWS

+