SEM9 memberhentikan beberapa pemain kerana ditangkap ‘smurfing’

Organisasi e-sukan, SEM9 hari ini mengumumkan tiga pemain, xShuraa, xZennOP dan xNEWB diberhentikan serta merta kerana melanggar kontrak.

Dalam satu pengumuman rasmi di Facebook, ketiga-tiga mereka ditangkap smurfing sekali gus mencetuskan suasana permainan tidak adil dalam kejohanan Free Fire.

“SEM9 dimaklumkan oleh Garena mengenai pembabitan beberapa pemain kami dalam aktiviti “unfair play”, terutamanya tindakan “smurfing” semasa kejohanan.

“Kami kecewa dan terkejut dengan pembabitan dan tindakan daripada pemain-pemain itu.

“Organisasi kami diasaskan atas nilai persaingan yang sihat dan permainan yang adil di peringkat tertinggi. Tindakan pemain-pemain ini tidak mewakili pegangan dan pandangan SEM9.

“Berikutan berita itu, kami setuju dan patuh dengan keputusan Garena untuk mempertahankan integriti Free Fire yang kompetitif dengan mendiskualifikasi pasukan Free Fire kami, khususnya xShuraa, xZennOP, dan xNEWB.

“Berkuat kuasa serta-merta, pemain yang terbabit akan diberhentikan dari SEM9 atas sebab melanggar kontrak,” tulis mereka.

Difahamkan, pasukan Free Fire SEM9 ini menyertai kejohanan MCP Majors musim kedua.

Tindakan susulan oleh Garena juga adalah mengenakan ban daripada e-sukan selama setahun yang berakhir pada 14 Ogos 2022 bermakna kesemua pemain ini tidak boleh bertanding di kejohanan rasmi Free Fire.

RELATED NEWS

+