Isu livestream: HomeBois tuntut LITA meminta maaf, bukannya Lemon

Baru-baru ini Homebois membuat kolaborasi dengan streamer dari Indonesia.

Kejadian ini bermula pada 2 Jun lepas ketika penstriman di antara Dibo dan Lemon.

LITA adalah satu pelantar permainan video dimana gamers boleh mendapatkan khidmat jurulatih ataupun mencari kawan baru mengikut permainan yang mereka main.    

Ketika penstriman itu, Lemon dikatakan tidak mengikut skrip penstriman dan dia tidak mahu berada di dalam Discord.

Hal ini memberikan kesusahan untuk Dibo sekaligus menyebabkan penstriman tidak begitu lancar.

HomeBois menyatakan mereka mahukan penjelasan dan permohonan maaf dari pihak LITA.

HomeBois mengatakan LITA tidak menyatakan maaf secara terbuka, tiada klarifikasi sebaliknya disuruh menghabiskan kerja mereka.

Pihak HomeBois hanya mendapat permohonan maaf melalui WhatsApp sahaja sedangkan mereka sudah memohon maaf secara terbuka kerana dua pihak yang menanggung akibat ini iaitu Lemon dan Dibo.

Dibo juga sedaya upaya mengikut skrip yang sudah disediakan oleh pihak LITA dengan beranggapan Lemon juga tersedia maklum.

Tetapi sebelum strim, pihak Lemon atau wakilnya tiada dalam sesi itu sekaligus memberi anggapan Lemon sudah diberi arahan selanjutnya dari pasukan LITA.

Sebaliknya, Lemon memberikan sebabnya sendiri tetapi HomeBois mahukan klarifikasi dan permohonan maaf dari LITA.

“Di sini kami menjelaskan bahawa kami tiada masalah dengan Lemon. Bahkan kami tidak pernah minta pihak Lemon untuk beri penjelasan atas kejadian ini,” tambah HomeBois di laman Instragram mereka.

RELATED NEWS

+