Isu MSC: MobaZane mohon maaf secara terbuka

Pemain BloodThirstyKing (BTK) MobaZane membuat satu pemohonan maaf secara terbuka di saluran Youtube miliknya.

Dia menjelaskan isu mengenai BTK disingkirkan daripada Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) kerana melanggar peraturan pertandingan itu.

Di dalam permohonan maaf itu, dia menerima keputusan daripada jawatankuasa MSC yang sudah menetapkan peraturan pertandingan itu.

Dia juga ingin meminta maaf kepada Assassin Dave kerana isu di mana beliau didakwa berat sebelah terhadap satu pasukan dan mahu menghantar pasukan itu ke MSC.

“Saya bertanggungjawab dengan spekulasi itu dan ingin meminta maaf kerana melakukan perkara itu,” ujar MobaZane.

Beliau turut meminta maaf kepada Smiling dan Wrath kerana perbuatannya terhadap mereka. Beliau berharap bahawa mereka akan memaafkannya semula dengan hati terbuka.

Akhir sekali, MobaZane ingin meminta maaf kepada komuniti Team Outplay. Ini kerana beliau sudah menyebabkan isu serta drama yang kecil menjadi besar.

Beliau turut berharap bahawa Team Outplay akan membanggakan wilayah Amerika Utara di MSC 2023.

Menurut MobaZane, beliau berasa sedih dan mengaku bahawa mentalnya tidak berada dalam keadaan yang baik selepas menerima keputusan daripada jawatankuasa MSC.

MobaZane adalah salah seorang pemain yang bersuara mahukan kejohanan yang dianjurkan oleh Moonton untuk sekurang-kurangnya mempunyai beberapa pasukan luar Asia Tenggara.

RELATED NEWS

+