RRQ umumkan barisan pemain mereka untuk musim ke-12 MPL Indonesia

Pasukan gergasi Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) telah mengumumkan barisan pemain mereka bagi menghadapi Mobile Legends Professional League (MPL) Indonesia musim ke-12.

Berita ini diumumkan selepas RRQ membuat satu video untuk memperkenalkan pemain-pemain lama serta baharu.

Peminat RRQ gembira melihat barisan pemain pasukan itu terutama sekali dengan penambahan Roamer daripada Myammar iaitu Naomi serta kepulangan Xinnn selepas satu tahun berehat.

Bukan itu sahaja, mereka turut membawa masuk RENBO,Ferxiic dan membawa masuk skuad kejurulatihan baharu iaitu Zaya sebagai jurulatih serta Rave sebagai penganalisis untuk pasukan itu.

Selepas Arcadia dan Fiel keluar daripada pasukan ini, RRQ membawa masuk staf kejurulatihan baharu iaitu Zaya sebagai jurulatih serta Rave sebagai penganalisis untuk pasukan itu.

RRQ mengambil keputusan untuk membawa masuk banyak muka baharu selepas persembahan kurang menarik pada musim ke-11 MPL Indonesia baru-baru ini dan gagal untuk menempah slot ke MSC 2023.

Sudah semestinya mereka mahu bersedia untuk masuk semula ke pentas dunia iaitu M5 dan tidak memecahkan rekod untuk layak ke kejohanan dunia untuk 5 kali berturut-turut.

RELATED NEWS

+