Jack Black melakonkan watak Claptrap dalam filem Borderlands

Pelakon terkenal Jack Black akan melakonkan suara watak Claptrap dalam filem Borderlands. Filem tersebut diarahkan oleh Eli Roth (The House with a Clock in its Walls) dan ditulis oleh Craig Mazin (Chernobyl).

“Saya sangat teruja untuk bekerja semula bersama Jack, kali ini dalam bilik rakaman. Claptrap ialah watak paling lucu dalam permainan Borderlands, dan Jack ialah pelakon yang sempurna untuk membawakan watak tersebut di pawagam,” kata Eli Roth.

Pelakon-pelakon lain filem Borderlands yang telah diumumkan adalah Cate Blanchett yang akan melakonkan watak Lilith, Kevin Hart sebagai Roland, dan Jamie Lee Curtis sebagai Tannis.

Pada waktu ini, syarikat penerbitan filem ini masih belum menyatakan tarikh pelancaran.

Sumber: The Hollywood Reporter

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+