pengumuman Borderlands 3 pada awal bulan ini, Gearbox Software dan Blind Squirrel Games bersama 2K Games siap sedia kemasukan pertama Borderlands diperbaharui (remastered) secara menyeluruh dari segi kualiti grafik, penambahan gameplay dan senjata baru khas untuk pemain generasi baru."> pengumuman Borderlands 3 pada awal bulan ini, Gearbox Software dan Blind Squirrel Games bersama 2K Games siap sedia kemasukan pertama Borderlands diperbaharui (remastered) secara menyeluruh dari segi kualiti grafik, penambahan gameplay dan senjata baru khas untuk pemain generasi baru." /> pengumuman Borderlands 3 pada awal bulan ini, Gearbox Software dan Blind Squirrel Games bersama 2K Games siap sedia kemasukan pertama Borderlands diperbaharui (remastered) secara menyeluruh dari segi kualiti grafik, penambahan gameplay dan senjata baru khas untuk pemain generasi baru." />

Review – Borderlands: Game of The Year Edition Beri Nafas Segar Kepada Game Asal RPG & Looter Shooter

Sempena pengumuman Borderlands 3 pada awal bulan ini, Gearbox Software dan Blind Squirrel Games bersama 2K Games siap sedia kemasukan pertama Borderlands diperbaharui (remastered) secara menyeluruh dari segi kualiti grafik, penambahan gameplay dan senjata baru khas untuk pemain generasi baru.

Baca lagi: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Borderlands: Game of The Year – Borderlands 1 Remastered!

Meskipun siri Borderlands sudah pun mencecah usia 10 tahun, Borderlands: Game of The Year Edition berjaya mengekalkan keseronokan game francais gabungan first-person shooter (FPS) dan role-playing game (RPG) dengan peningkatan bersesuaian untuk pemain baru melawat ke dunia Pandora buat kali pertama dan mengembalikan nostalgia kepada pemain lama.

Kualiti grafik memukau

Saya agak terkejut bila lihat bayangan mesin melalui cermin skop senjata

Sebagai peminat siri Borderlands, peningkatan pertama yang saya lihat berbanding game asal adalah kualiti grafik ke definisi tinggi sehingga 4K Ultra HD dan HDR untuk PS4 Pro dan Xbox One X. Namun, PC tiada HDR dan hanya boleh tukar graphic settings antara High dan Ultra. 

Borderlands memang sinonim dengan gaya seni cel-shaded seperti diperlihatkan dalam game terkenal seperti siri The Legend of Zelda dan Gravity Rush. Untuk edisi baru ini, gaya seni ini masih lagi dikekalkan dengan persekitaran dan karakter dipertingkatkan dari segi pencahayaan.

Versi baru ini mempunyai kenaikan purata bingkai (frame rate) yang lebih lancar. Ini menolong untuk mengurangkan lag dan lebih melancarkan pengalaman korang untuk bidik serta tembak.

Gameplay ikut kualiti Borderlands 2 dan Borderlands: Pre-Sequel

Borderlands: Game of The Year Edition dapat banyak penambahbaikan dari segi gameplay. Antaranya adalah kemasukan peta mini yang wujud di Borderlands 2 dan Pre-Sequel ke dalam versi ini. 

Peta mini ini memudahkan pemain untuk tuju ke destinasi yang diingini. Sebelum ini, rata-rata pemain perlu gerak berpandukan kompas terletak di bahagian tengah skrin yang mengelirukan pemain kerana kawasan peta Pandora iaitu dunia Borderlands tidak rata dan berbukit-bukau.

Paparan peta mini di belah atas kanan menyenangkan pemain untuk mencari lokasi

Selaku game campuran FPS dan RPG, penceritaan utama Borderlands tidak pernah mengecewakan dengan misi-misi menyeronokkan yang membuat korang gelak tak kering gusi dan perangai robot Claptrap yang menghiburkan pemain. 

Kali ini, keempat-empat downloadable content (DLC) disertakan sekali iaitu The Zombie Island of Doctor Ned, Mad Moxxi’s Underdome Riot, The Secret Armory of General Knoxx dan DLC kegemaran saya, Claptrap’s New Robot Revolution.

Tarikan utama Borderlands adalah kepelbagaian senjata unik seperti pistol yang boleh jana semula peluru, mesingan yang boleh letupkan musuh dan juga rocket launcher dengan pelbagai serangan elemen (petir, api, hakis). Senjata Borderlands ini dibahagikan mengikut warna yang mana tahap Legendary (warna oren) paling tinggi dalam senarai. Terdapat beberapa senjata Legendary baru ditambah masuk untuk edisi baru ini tetapi setelah bermain 30 jam, saya baru dapat satu senjata sahaja.

Selain itu, korang juga boleh mengajak rakan-rakan sehingga 3 rakan untuk main berrsama-sama dalam mod co-op offline mahupun online. Terdapat 4 karakter utama yang korang boleh main dan kongsi skrin bersama-sama iaitu Brick (Berserker), Lilith (Siren), Mordecai (Hunter) dan Roland (Soldier) khas untuk konsol sahaja. Sayangnya, ciri ini masih lagi tiada di PC.

Selepas habis tempur, korang tidak perlu susahkan untuk tekan butang untuk dapatkan semua barangan dan wang jatuh bertebaran atas lantai kerana semua ini boleh diambil secara automatik. Walaubagaimanpun, senjata tidak dikutip secara automatik pula. Jadi, lebih baik berjaga-jaga dan lihat ke bawah untuk kutip semua benda sebelum meninggalkan tempat berkenaan.

Pengurusan inventory juga lebih teratur kerana korang boleh melabelkan barangan dalam inventori seperti senjata, perisai, bom dan lain-lain ke dalam bahagian ‘junk‘. Sebaik sahaja korang tiba di mesin jual beli, korang boleh terus jual segala barang diletakkan dalam kategori junk. Untuk elakkan barangan kesukaan korang terjual, korang boleh ‘lock‘ barang berkenaan.

Secara kesimpulannya…

Kenderaan disediakan oleh Scooter dalam Borderlands turut kembali dengan lebih meletup

Walaupun jelas banyak peningkatan untuk edisi Game of The Year ini, terdapat beberapa glitch atau bug yang agak menjengkelkan dan (kadang-kadang) lawak juga seperti kenderaan tersekat ke dinding lalu tidak boleh bergerak.

Sementara itu, ada sesetengah musuh susah untuk mati meskipun korang sasar ke bahagian kepala. Kadangkala saya juga bidik tepat ke bahagian kepala musuh tetapi tiba-tiba sahaja, peluru itu kena kepada permukaan lain. Namun, ini cuma beberapa kelemahan kecil dalam Borderlands: Game of The Year Edition yang tidak mengganggu keseronokan korang mencuba game ini.

Bagi peminat tegar Borderlands yang ingin mencuba game asal di konsol moden, tentunya saya syorkan kerana ia boleh menyegarkan kembali permulaan Borderlands sempena Borderlands 3 yang akan menyusul akan datang pada tahun ini. Lebih bagus lagi, pengguna PC boleh dapatkan edisi Game of The Year ini tanpa sebarang bayaran!

Peti SHiFT (ada permukaan tengkorak) hanya diletakkan di beberapa penempatan dalam game ini

Kepada mereka yang telah bermain Borderlands 2 dan Pre-Sequel, Gearbox menghadiahi 75 SHiFT Code kepada kedua-dua pengguna konsol dan PC untuk membuka peti SHiFT yang penuh dengan barangan berharga dan dua senjata khas untuk edisi Game of The Year.

Buat pertama kali dalam sejarah, korang boleh ubahsuai warna pakaian karakter sendiri dan tukar kepada pelbagai jenis ‘kepala’ lucu seperti Mordecai memakai topi kerajang logam (tinfoil) atau Roland ada misai.

Untuk pemain yang baru sahaja mengenali Borderlands setelah melihat pengumuman Borderlands 3, Borderlands memberikan pengalaman looter shooter dalam perspektif FPS bermakna dengan penceritaan utama didorong oleh pelbagai karakter menarik. Dari segi combat pula, korang tidak akan bosan dengan berjuta-juta senjata korang boleh ubahsuai ikut citarasa masing-masing.

Borderlands: Game of The Year Edition telah dikeluarkan pada 3 April 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Terima kasih 2K Asia atas kod permainan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+