Jelle’s Marble Runs The Game: permainan video perlumbaan guli

Siapa sangka berlumba guli kini menjadi kegilaan ramai orang.

Jelle’s Marble Runs kini mempunyai versi permainan videonya sendiri.

Bermula dengan penggunaan guli betul untuk berlumba, perlumbaan guli berjaya mendapat populariti kerana perlumbaan ini mempunyai pengulas terbaik seakan-akan perlawanan Olimpik.

Tidak lupa juga beberapa halangan untuk guli-guli berlumba yang kadangnya sangat mengasyikkan.

Akhirnya semua orang boleh membuat pasukan Guli anda sendiri untuk berlumba di dalam beberapa perhalangan di dalam trek perlumbaan.

Tunggu apa lagi. Jangan lupa buat pasukan guli terhebat anda sendiri!

Permainan video ini akan keluar untuk pelantar PC dan Mac pada Oktober ini.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang indiegogo.

RELATED NEWS

+