Jersi edisi khas Cloud9 dengan autograf dicuri di acara LAN Halo Infinite, dijual di eBay pada harga murah

Dalam acara esukan, malah juga dalam acara sukan, bertukar-tukar jersi antara pemain dan peminat adalah salah satu tradisi yang sudah lama dikekalkan. Jersi yang ditukar ini menjadi memorabilia kepada peminat dan pemain. Malah, ada peminat yang menjual jersi ini pada harga yang tinggi kerana pasti ada peminat lain yang sanggup membayar untuk mempunyai jersi yang ditandatangani oleh pemain yang digemarinya.

Baru-baru ini, terdapat sebuah isu dimana sehelai jersi Cloud9 Stratus yang dilaporkan dicuri daripada acara Halo Infinite yang berlangsung pada Disember tahun lepas dan tidak dijumpai sejak itu. Jersi itu kini timbul kembali di ruangan internet dan dijual di eBay.

Jersi versi Stratus ini tidak dijual di mana-mana kedai atau gedung atas talian. Malah ia tidak dijual di gedung rasmi Cloud9 tersendiri, dan hanya 500 helai jersi ini dicetak. Jadi, jersi berautograf ini hanya terdapat satu dalam dunia sahaja.

C9 Porti, pengurus media sosial Cloud9, adalah orang yang menarik perhatian kepada jersi itu. Beliau berkata bahawa jersi itu ditinggalkan di belakang pentas dan ia sepatutnya dipersembahkan kepada penonton. Walau bagaimanapun, ia dicuri, bersama-sama dengan lencana pemain, dan kemudian dijual di pasaran dalam talian.

Jersi itu disenaraikan di eBay oleh pengguna gregorydan1964, pada 26 Disember, hampir sepuluh hari selepas permulaan kejohanan Halo itu. Jersi C9 itu dijual pada harga teramat rendah AS$100 (RM420.69) USD kepada orang asing yang lain di internet.

Ia kemudiannya dikeluarkan dari pasaran. Walau bagaimanapun, vendor mengalih keluar item daripada lelongan sebelum ia boleh disiapkan. Selain itu, ia disenaraikan semula pada 1 Januari, di mana ia dijual pada harga AS$40 kurang daripada yang sepatutnya.

Menurut ahli komuniti Stratus, jersi itu mungkin akan dipulangkan semula. Namun, tiada laporan daripada Porti atau C9 bahawa terdapat sebarang niat untuk mengambil jersi itu.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+